Wednesday 20 November 2013

Khas buat Nor Safwati Shafii @ Oshien

Masih segar di ingatan..11 September 2006. Aku menjejakkan kaki di sebuah bangunan di Jalan Tun Razak berdepan dengan RHB bersebelahan Wisma Technip. Bangunan yang ku maksudkan adalah Wisma TIME. 

Hati berdebar-debar di kala kaki melangkah ke pejabat di tingkat 10. Bila aku serta rakan-rakanku yang lain masuk ke bangunan tersebut, aku diberitahu yang aku akan berada di Procurement Department di bawah Puan Jamaliah Daud. Aku diperkenalkan seorang demi seorang di dalam department tersebut. Hasyim, Kak Siti dan mentorku sepanjang bergelar Young executive Scheme (YES) iaitu Oshien.



Kali pertama melihat wajahnya, aku rasa suka sangat. Dia sentiasa senyum.  Rasa gementar makin lama makin hilang dan berganti dengan rasa selesa.

Hari berganti hari..bulan berganti bulan..Kami (Oshien, aku, hasyim, Yantie dan Awin) menjadi rakan sekerja yang sangat rapat. Share macam-macam..Sampaikan bila suami Oshien, Abang Nizar outstation, aku dan Yantie akan menemani beliau dan anaknya yang comel persis anak Jepun, Qistina.

Oshien, ingat tak..Ipah pernah cakap..Kalau Ipah pregnant, Ipah nak tatap muka Qistina selalu. hehehe


Enjoy sangat kerja disitu..Stress memang stress..Kerja di bawah seseorang yang perfectionist, memang stress tapi banyak yang aku belajar dari kak J. Kerja dengan cepat dan tangkas dan lebih teliti. Setiap kali bila start kerja, aku mula kalut, tapi Oshien yang memang sentiasa positif. Sentiasa positif ok. berjaya membuatkan aku hilang kekalutan dan mula menjadi positif seperti beliau.


Banyak yang aku belajar dari beliau. Menjadi seorang yang kuat, tabah, tenang dan sentiasa positif. 

Beliau seorang yang tabah..anak beliau yang ketiga lahir pada minggu ke 27. 



Tapi Ipah tak pernah dengar dia mengeluh. Aura positif dan strength yang dia ada buat Ipah kuat. Setiap status beliau di FB tak ada langsung menunjukkan yang beliau sedang dalam kesedihan. Yang itu memang Ipah kagum sangat dengan Oshien. Dan sekarang anak Oshien, dah bam bam dan rasa nak gigit je..



Bulan 11 tahun 2013, sedang aku bz baca macam-macam status di FB. Tiba-tiba aku terbaca status Oshien dan biz online nya. Tanpa berfikir panjang, aku terus sms Oshien. Aku terus tanya apa yang beliau buat sebenarnya. Dan bila Oshien cerita yang dia join biz secara online di bawah GLAM dan biz partner kepada Mursyida Mohsin. Aku dengan lajunya bagitahu yang aku nak tahu biz ni lebih detail. Oshien dan Syida terus jumpa aku di Ipoh (masa aku dalam pantang). Mereka explain tentang biz ni. dan memang biz ni sangat menarik!!!


Buat Oshien...tq sebab sentiasa memberi aura positif kepada Ipah. Tq sebab sentiasa bersama-sama Ipah dalam biz ini. Kita buat sampai berjaya ok. 


Lots of love;

Ipah :)

No comments:

Post a Comment