Saturday 15 March 2014

Something to Share: Indahnya Berdoa

Assalamualaikum dan Hi..




Dah malam ni..Tapi Ipah tak dapat lelapkan mata..Baca isu MH370 benar-benar membuat otak Ipah ligat berfikir. Kenapa dan Mengapa? Bagaimana dan Siapa? Apapun Allah lebih Mengetahui..

Ipah yakin walau apapun yang berlaku, DOA adalah senjata kita semua. DOA dan YAKIN kepada ALLAH kerana DIA adalah PENCIPTA kita.

*****************************************

Status rakan-rakan harini sangat mengujakan, kenapa?

Kerana ALLAH telah menurunkan hujan rahmat setelah hampir 2 bulan, banyak tempat kering dan berjerebu..Sekali lagi, DOA adalah senjata kita umat ISLAM.

****************************************


Baru-baru ini, ada beberapa rakan sekerja Ipah tegur, 

"Ipah, anak dah tak kerap sakit ye?"
(Ya, sebenarnya, di sekolah Ipah mengajar, Ipah memang pegang rekod kerap cuti sebab anak kerap tak sihat)

Jawapan Ipah: Alhamdulillah, mungkin dah develop antibodi anak2 ni rasanya. (kadang-kadang tu ada juga anak-anak sakit, cuma tak sekerap dulu)

Ok, kat sini Ipah nak share sikit apa yang Ipah buat dan insyaAllah akan amalkan sampai bila-bila..InsyaAllah. Buat pengetahuan semua, dulu Ipah buat juga tapi jarang sangat.

Setiap hari, Ipah akan pastikan selepas maghrib, Ipah akan ambil air masak dalam jug dan botol-botol (untuk diminum sekeluarga).

So setiap kali selepas Maghrib, Ipah akan buka penutup bekas-bekas dan botol-botol air dan mula membacakan ayat-ayat ini.

1. Al-Fatihah
2. Al-Baqarah Ayat 1- 5
3. Al- Baqarah Ayat 163
4. Al-Baqarah Ayat 255
5. Al-Baqarah Ayat 256 - 257
6. Al-Baqarah Ayat 284
7. Al-Baqarah Ayat 285
8. Al-Baqarah Ayat 286
9. Ali-Imran Ayat 18
10. Ali-Imran Ayat 26 - 27
11. Al-A'raaf Ayat 54 - 56
12. Ayat Al-Isra' Ayat 110 - 111
13. Al-Mu'minun Ayat 115 - 118
14. As-Shaffat Ayat 1 - 11
15. Ar-Rahman Ayat 33 - 40
16. Al-Hasyr Ayat 21 - 24
17. Al-Jin Ayat 1 -4
18. Al-Kafirun Ayat 1 - 6
19. Al - Ikhlas Ayat 1 - 4
20. Al-Falaq Ayat 1 - 5
21. An-Nas Ayat 1 - 6

Kemudian,

Baca 7 Ayat Munjiyat
Tujuh ayat al-Quran yang dinamakan sebagai Munjiyat telah dibuktikan dari pengalaman Ibnu Sirin ra sebagai ayat-ayat penyelamat dari kesusahan.

7 Ayat Munjiyat adalah:-
1. At-Taubah ayat 51
2. Yunus Ayat 107
3. Hud Ayat 6
4. Hud Ayat 56
5. Al-Ankabut Ayat 60
6. Fathir Ayat 2
7. Az-Zumar Ayat 38

Dan Seterusnya, baca Syifa'

Imam Abul Qasim Qushairi berkata, " Seorang di antara anakku jatuh sakit sehingga ia hampir menemui maut. Ketika aku mimpi bertemu Nabi Muhammad SAW dan aku memberitahu mengenai anakku. Baginada berkata: 
"Mengapakah kamu tidak ambil berat pada ayat-ayat syifa'? Mengapa kamu tidak amalkan ayat-ayat itu dan memohon kepada Allah agar anak kamu disembuhkan? Setelah terjaga aku mula memikirkan mimpi itu. Apabila meneliti, aku menemui ayat-ayat itu pada enam tempat, iaitu:

1. At-Taubah ayat 14
2. Yunus Ayat 57
3. An-Nahl Ayat 69
4. Al-Isra' Ayat 82
5. Asy-Syu'ara' Ayat 80
6. Fushshilat Ayat 44

Jangan lupa juga baca Doa Abu Darda' RA untuk menyelamatkan diri dan harta dari malapetaka.

Dan akhir sekali,

Baca doa ini,
Ya Allah, sembuhkanlah penyakit orang yang sakit dari kalangan kami dan sihatkan tubuh badan kami dengan rahmatmu Ya Allah.
Kemudian, tiuplah air tersebut dan berilah minum kepada seisi keluarga.

InsyaAllah.. Yang penting yakin dan sentiasa amalkan. DOA adalah senjata Umat Islam.


Sumber: 
Mak tersayang dan
Buku Manzil Resam Uthmani, Al-Hidayah Publications
********************************

SYARIFAH RAMLY

GLAMPRENEUR

012 5380109

No comments:

Post a Comment