Wednesday 17 April 2013

Lumrah Kehidupan


Untuk kekal positif dalam hidup bukan mudah. sejak menceburkan diri dalam biz, kadang kala semangat kita luntur kerana orang mula berkata-kata. Tetapi selepas berfikir panjang, tertanya-tanya pada diri,

kenapa kita harus rasa sedih??
kenapa kita harus rasa kecewa??
kenapa kita harus rasa malu??

Sesiapa saja ada hak untuk berkata samada positif atau negatif..Kita teruskan hidup kita kerana kita sahaja yang tahu niat kita dalam apa jua yang kita lakukan. 

Saya mencari rezeki yang halal..
Saya ingin membantu rakan-rakan menjaga kesihatan.
Saya ingin membantu rakan-rakan mencari duit lebih dan bukan untuk menjadi TAMAK.




Maka, sekiranya saya bertanya khabar, saya tiada niat nak tarik anda berbiz.
 Biz yang saya lakukan tidak memerlukan saya bermuka-muka. Tidak memerlukan saya mengetuk rumah orang dan menjual.
 Saya lakukan secara professional.
 Dan saya yakin Allah sentiasa bersama saya. 


No comments:

Post a Comment