Friday 12 April 2013

Puteriku Nur Batrisya Binti Ahmad Kamil

Rasanya baru je lagi melahirkan anak sulung tup2 dah ada dua anak dah. Memang seronok melayan kerenah anak-anak ni. Walaupun mencabar dan sangat menduga kesabaran tapi Ipah sangat seronok. Kerja yang banyak di sekolah kadang2 buat kita rasa tertekan. Tapi bila tengok je muka si comel dua orang ni, Ya Allah..tenangnya hati ni.




Kami bersama-sama boolat - dah 9 bulan masa ni
Doraemon dan Doralin..hehehe


26 Sept 2010 lahirnya puteri sulung kami - Nur Batrisya Binti Ahmad Kamil 
Mengalir air mata apabila mendengar tangisan pertamanya. Ya Allah, hanya Engkau sahaja yang Maha Mengetahui macamana perasaan ku ketika itu..



Batrisya masa ni 4 bulan - geram je tengok dia..pandai bergambar..almaklumlah selalu jadi model pada ayahnya..



Termenung apa tu sayang? 

 Batrisya bersama 'rocker chair'nya


Kejap je masa, gambar ni masa Batrisya da setahun 2 bulan. Mulut pok pek pok pek tapi satu pun mak ayah tak faham sayang.. 

Tgh tunggu makanan sampai...


Suka 'explore' macam2..hehe..mulut mesti menganga kan...

Batrisya tengah jogging dengan ayah dia..mmm...ayah..ayah..baju tidur pun takpela kan..heheh


Batrisya hampir 2 tahun masa ni...jalan-jalan di Miri..


Inilah Batrisya sekarang...makin cerdik..makin petah..makin rajin tolong mak ayah..makin garang (ikut sapela tu ye) heheh dan tak boleh berenggang dengan adiknya.



Batrisya sayang...mak ayah doakan Nur Batrisya dan Ahmad Fayyad jadi anak yang solehah, hormat orang tua, berjaya dunia dan akhirat. Menjadi contoh yang baik kepada adik-adik ye sayang..


Amin.

No comments:

Post a Comment